Pameran Bunga Yueji Sebanyak 76 Spesies Baharu di Kunming

2024-06-05 11:17:17  CRI
Share with:

Dalam satu pameran yang diadakan semasa berlangsungnya aktiviti “Hari Terbuka untuk Bunga Yueji Spesies Baharu” di Pusat Inovasi Teknologi Hortikultur Antarabangsa di bandar Kunming, para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai bunga Yueji (Mawar Cina) melibatkan 76 spesies baharu yang kesemuanya dilabelkan hak cipta intelek.


Tapak pameran tersebut dibangunkan bersama-sama oleh Institut Penyelidikan Bunga-bungaan Akademi Sains Pertanian Yunnan dan pihak berkuasa di daerah Chenggong bandar Kunming.