Motorsikal Elektrik Buatan Changzhou Laris Dijual di Seberang Laut
2024-06-06 11:43:08 CRI
Perusahaan swasta dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB) di bandar Changzhou provinsi Jiangsu giat meneroka pasaran di seberang laut, dengan memanfaatkan sokongan dasar dan bantuan teknikal dari pihak berkuasa tempatan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Syarikat Teknologi TBB Haowan, pemain industri motosikal TBB pintar yang mempunyai lebih 200 paten teknologi teras, ditubuhkan pada 2016 dan beroperasi di bandar Changzhou yang digelar sebagai "Hab TBB", dengan menumpukan kepada urus niaga di seberang laut.