Hari Pelepasan Ikan: Lebih 620 Juta Hidupan Akuatik Dipulangkan ke Alam

2024-06-07 15:28:41  CRI
Share with:

Lebih 300 aktiviti pelepasan ikan diadakan di seluruh negara China, melibatkan 620 juta hidupan akuatik dilepaskan ke alam, sempena Hari Pelepasan Ikan China yang jatuh pada 6 Jun. 

Pengarah Jabatan Perikanan Kementerian Pertanian dan Desa China, Liu Liming berkata, aktiviti melepaskan hidupan akuatik di seluruh negara secara serentak amat bererti bagi memulihara dan melindungi sumber perikanan, dan membaiki ekologi alam sekitar di perairan penternakan ikan.


Selain itu, menurut Liu, ia juga amat signifikan bagi membantu menambah pendapatan golongan nelayan dan meningkatkan kesedaran orang awam terhadap perlindungan alam sekitar.