Prob Chang'e-6 Selesaikan Pemindahan Sampel Bulan ke Alat Pendarat

2024-06-07 15:23:57  CRI
Share with:

Menurut Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA), alat penghantar (ascender) prob penyelidikan Chang'e-6 berjaya menjalankan percantuman dengan kombinasi alat pengorbit dan pendarat, sebelum memindahkan sampel Bulan yang disimpan di dalam bekas ke alat pendarat.


Ini merupakan percantuman kali kedua peralatan angkasa China di orbit Bulan selepas Chang'e-5.


Selepas itu, alat penghantar akan berpisah dengan kombinasi alat pengorbit dan pendarat, memasuki keadaan menunggu di orbit bulan. 


Menurut jadual, alat pendarat yang membawa sampel Bulan akan mendarat di tapak pendaratan di wilayah Mongolia Dalam di utara China dalam masa terdekat.