Lumba Perahu Naga Dipilih Jadi Acara Persembahan Olimpik Paris

2024-06-07 13:47:12  CRI
Share with:

Perlumbaan perahu naga bakal tampil di Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai acara persembahan.


Perkara itu diumumkan oleh Presiden Persekutuan Lumba Kanu Antarabangsa (ICF) Thomas Konietzko selepas bertemu dengan Presiden Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.


Konietzko menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil sinergi ICF-CMG dengan sokongan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).


Beliau turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Perahu Naga kepada penonton China menerusi pautan video semasa majlis pelancaran program khas terbitan CMG sempena perayaan itu pada Khamis.


Konietzko berkata siri pertandingan lumba perahu naga dan kanu yang dijadualkan berlangsung di China akan membantu mempopularkan sukan berkenaan, sekali gus memacu pertukaran dan saling belajar antara China dengan negara lain dalam aspek budaya sukan air.


Antara acara utama termasuk Piala Dunia Perahu Naga ICF di Zigui, kampung halaman Qu Yuan pada Oktober, Piala Super Kanu Antarabangsa edisi pertama anjuran bersama CMG dan ICF, serta Perlumbaan Perahu Naga 2024 dihoskan CMG sempena Pesta Perahu Naga.