Forum Ekonomi Antarabangsa St Petersburg Tumpu Kerjasama dan Pembangunan

2024-06-07 15:33:17  CRI
Share with:

Forum Ekonomi Antarabangsa St Petersburg ke-27 diadakan di Saint Petersburg, bandar kedua terbesar Rusia pada 5 hingga 8 Jun.


Bertemakan "Asas Multipolarisasi - Pencorakan Pusat Pertumbuhan Baharu", forum ini disertai wakil dari lebih 100 negara dan wilayah untuk membincangkan topik-topik hangat tentang ekonomi global, demi mencari kerjasama dan pembangunan. 

Forum kali ini mendirikan lebih sepuluh perbincangan tema dua hala yang bukan sahaja melibatkan pertubuhan antarabangsa seperti Kesatuan Ekonomi  Eurasia (EAEU), ASEAN, tetapi juga melibatkan negara Amerika Latin dan Afrika. 


Penerokaan peluang baharu menjadi tumpuan bersama negara-negara pasaran baru muncul.