Pesawat Kargo ARJ21 Selesaikan Penerbangan Komersial Sulung

2024-06-07 15:21:46  CRI
Share with:

Pesawat kargo ARJ21 berjaya menyelesaikan penerbangan komersial sulungnya pada Khamis.

Pesawat YG9097, yang diubahsuai dari pesawat penumpang menjadi pesawat kargo, membawa muatan penuh berlepas dari wilayah Xinjiang China pada pukul 6.12 petang Khamis dan selamat mendarat di destinasinya di Uzbekistan.


Kejayaan ini sekali gus menandakan penggunaan pesawat ARJ21 untuk pengangkutan kargo secara komersial dimulakan secara rasmi.