Hidup Subur di Zon Perlindungan Alam Kebangsaan Zhalong

2024-06-07 09:25:04  cri
Share with:

Zon Perlindungan Alam Kebangsaan Zhalong di provinsi Heilongjiang terdiri daripada dua komponen, iaitu tanah paya yang bercirikan kawasan pedalaman di mana mensiang tumbuh subur dan ekosistem akuatik. 

Dengan adanya lebih 260 spesies burung yang termasuk 41 spesies yang tersenarai dalam perlindungan peringkat kebangsaan, Zon Perlindungan Alam Kebangsaan Zhalong yang seluas 210,000 hektar dan mempunyai lokasi geografi yang istimewa ini, merupakan satu habitat dan tempat pembiakan yang penting di kawasan bahagian timur laut China, malah terpilih dalam senarai 16 tanah lembap yang terbaik pada aspek pemuliharaan dalam senario global berkat usaha bertahun-tahun dalam bidang pengurusan dan pembinaan.