Xi Bertemu Timbalan Presiden Brazil

2024-06-08 15:06:24  CRI
Share with:


Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan Timbalan Presiden Brazil, Geraldo Alckmin di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Jumaat.


Xi menyatakan bahawa China dan Brazil sebagai negara membangun yang besar dan pasaran baru muncul yang penting, mempunyai kepentingan strategik bersama yang meluas. Hubungan antara kedua-dua negara ini membawa makna signifikan demi menggalakkan perpaduan dan kerjasama di kalangan negara membangun serta keamanan dan kestabilan dunia. 


Beliau menegaskan bahawa China komited bekerjasama dengan Brazil untuk merangka pelan strategik bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Brazil, memperkukuh kerjasama dalam sektor tradisional, dan mempergiat kerjasama melibatkan sektor baharu seperti ekonomi hijau, ekonomi digital dan inovasi.



Geraldo Alckmin pula menyatakan bahawa Brazil dan China komited untuk mempertahankan multilateralisme dan perdagangan bebas, manakala kedua-dua negara ini berkongsi falsafah yang sama dalam banyak isu penting, dan mempunyai potensi besar dan prospek kerjasama yang cerah. 


Beliau menekankan bahawa pihaknya bersedia menjadikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Brazil-China sebagai titik permulaan baharu, bekerjasama dengan China untuk merapatkan penyelarasan strategik dua hala dan pelbagai hala, melonjakkan hubungan dua hala ke tahap baharu, dan menyumbang kepada pembinaan dunia yang lebih aman, adil dan mampan.