Xi Temui PM Pakistan

2024-06-08 14:57:06  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping ditemui Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shahbaz di Dewan Besar Rakyat Beijing pada Jumaat.


Xi mengatakan bahawa hubungan perkongsiaan strategik dalam apa jua cuaca antara China dan Pakistan semakin hari semakin diperkukuh, kerana ia mempunyai asas hubungan rakyat yang kukuh, kuasa dorongan dalaman yang kuat dan masa depan yang cerah. 


Beliau berkata, China bersedia meningkatkan koordinasi antara pembinaan Jalur dan Laluan (BRI) yang bermutu tinggi dengan rancangan pembangunan Pakistan, menjalinkan kerjasama dalam sektor pertanian, perlombongan dan sosial, membina bersama “lima koridor” iaitu pertumbuhan, kesejahteraan rakyat, inovasi, hijau dan terbuka yang berpusatkan Koridor Ekonomi China-Pakistan yang dinaiktaraf, memperkasakan pembangunan bersama Koridor Ekonomi China-Pakistan yang bermutu tinggi.

Shahbaz pula mengatakan, Pakistan ialah sahabat dan rakan yang boleh dipercayai China. Prinsip satu China merupakan janji yang tetap dipertahankan oleh kerajaan Pakistan, dan Taiwan merupakan wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China. 


Beliau berkata, Pakistan akan terus menyokong dengan teguh pendirian China yang melibatkan isu kepentingan terasnya termasuk Taiwan, Xizang, Xinjiang dan Laut China Selatan.