AS Digesa Tarik Balik Pelan Penjualan Senjata Kepada Taiwan

2024-06-08 15:49:02  CRI
Share with:

Penjualan senjata kepada Taiwan oleh Amerika Syarikat (AS) mencabuli kedaulatan dan  kepentingan keselamatan China, selain menjejaskan kedamaian dan kestabilan di Selat Taiwan. 


China menggesa Washington menaati prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, segera menarik balik pelan penjualan tersebut, menghentikan segala tindakan menambah kekuatan ketenteraan Taiwan, memelihara hubungan ketenteraan China-AS dengan langkah pragmatik. 


Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan China, Zhang Xiaogang dalam sidang akhbar baru-baru ini. 


Menurut laporan, Jabatan Pertahanan AS meluluskan pelan penjualan senjata bernilai USD300 juta kepada Taiwan baru-baru ini, menyediakan peralatan dan komponen pesawat pejuang F-16 dan perkhidmatan berkaitan.


Zhang menegaskan, Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) akan memperhebat latihan tentera, demi mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah negara ini.