Isu Laut China Selatan Harus Diselesaikan Tanpa Campur Tangan Pihak Luar- kata PM Malaysia
2024-06-09 12:57:28 CRI
(sumber gambar: Bernama)
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu Laut China Selatan perlu diselesaikan dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN dan China, tanpa campur tangan pihak luar.
Selain itu, beliau menegaskan pembabitan pihak-pihak lain dalam isu tersebut hanya akan menjadikan perkara itu bertambah kompleks dan merumitkan lagi keadaan.
Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang perwakilan dari Filipina mengenai pendekatan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi menangani kebimbangan Filipina di Laut China Selatan, pada persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-37 (APR) di Kuala Lumpur pada Khamis.