Gelombang Haba Berterusan di AS, 31 Juta Orang Terjejas

2024-06-09 14:48:04  CRI
Share with:

Gelombang haba terus melanda kawasan barat daya Amerika Syarikat (AS), mengakibatkan lebih daripada 31 juta orang menerima amaran cuaca ekstrem dari Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan. Amaran itu dijangka akan berlarutan sehingga 8 Jun.


Menurut laporan media tempatan, suhu tinggi yang direkodkan di Las Vegas, Nevada mencapai 48.3 darjah Celsius pada 7 Jun, manakala suhu tertinggi di Phoenix, Arizona mencapai 45 darjah Celsius pada 6 Jun.