BRICS Diharap Berkembang Menjadi Mekanisme Kerjasama Multilateral Jenis Baharu - Menter Luar China

2024-06-11 14:03:19  CRI
Share with:

'BRICS Raya' perlu dimanfaatkan sepenuhnya dari segi kepentingan strategik dan impak politik supaya pertubuhan ini dapat dibina menjadi mekanisme kerjasama multilateral jenis baharu yang bertapak di pasaran baharu muncul dan negara-negara membangun, serta terbuka kepada dunia secara inklusif.

Demikian kata Menteri Luar China, Wang Yi semasa menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS di bandar Nizhny Novgorod, Rusia pada Isnin.


Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China menyatakan, meskipun berdepan dengan pergelutan antara kekuatan yang menggalakkan multipolarisasi dunia dan kuasa yang mengekalkan hegemoni unipolar serta pertembungan antara amalan globalisasi ekonomi dengan amalan anti-globalisasi di dunia, pelbagai pihak perlu mengikuti aliran perkembangan sejarah, menegakkan keadilan untuk membuat pilihan yang tepat. Melihat ke hadapan, 'BRICS Raya' dikehendaki memikul tanggungjawab yang lebih besar dan mengambil tindakan yang lebih penting.     


Wang mencadangkan pelbagai pihak yang terlibat untuk mengukuhkan keyakinan terhadap multilateralisme demi pembangunan sejagat pada masa depan, mempunyai tekad lebih kuat untuk memelihara keamanan dan keselamatan, bertindak  sebagai penggerak baharu kepada penyelesaian isu hangat secara politik, selain terus menyemarakkan aspirasi BRICS yang bersifat terbuka, inklusif, kerjasama dan sama menang untuk melonjakkan pelbagai projek kerjasama BRICS ke satu tahap yang baharu. 

Pelbagai pihak peserta memberi penghargaan tinggi terhadap peranan penting mekanisme BRICS dan pencapaiannya dalam menerima keanggotaan baharu, selain bersetuju bahawa penyertaan lebih banyak negara ke BRICS telah mempercepatkan proses multipolarisasi dunia dan menggalakkan orde antarabangsa yang lebih adil dan saksama. Mereka juga menyuarakan sokongan terhadap penjalinan hubungan negara rakan kongsi dalam kerangka BRICS.


Kenyataan Bersama Menteri-menteri Luar BRICS dikeluarkan dalam majlis penutup mesyuarat itu.


Turut hadir dan mengadakan pertemuan dengan Wang, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Laos, Saleumxay Kommasith, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira, Menteri Luar Afrika Selatan, Naledi Pandor, Menteri Luar Ethiopia, Taye Atskeselassie, dan Pemangku Menteri Luar Iran, Ali Bagheri Kani.