Hamas Alu-alu Resolusi Gencatan Senjata UNSC

2024-06-11 13:10:13  CRI
Share with:

Hamas mengalu-alukan keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menerima pakai resolusi yang menyeru gencatan senjata diwujudkan di Gaza.


Menerusi kenyataan dikeluarkan malam Isnin, Hamas berkata kandungan dan prinsip berkenaan yang disebut dalam resolusi itu selaras dengan tuntutan Hamas serta penduduk Gaza.


Hamas juga menyuarakan kesediaan bekerjasama dengan pihak pengantara untuk menjalankan rundingan tidak langsung dengan Israel berhubung perkara ini.