Mana yang Anda Mahu Pilih

2024-06-11 13:29:40  CRI
Share with:

Terdapat lebih 20,000 buah produk budaya kreatif Sukan Olimpik yang dihasikan Syarikat Huajiang yang dapat dikunuungi dalam pameran “Dari Pembuatan China ke Penciptaan China - Jalan Perkenalan Budaya Sukan Olimpik” yang diadakan di Stadium Negara atau “Sarang Burung”di Beijing pada masa sekarang. 


Dari Sukan Olimpik 2004 di Athens hingga Sukan Olimpik 2024 di Paris,Syarikat Huajiang sudah memperolehi hak francais untuk memasarkan produknya yang melibatkan enam edisi Sukan Olimpik musim panas, tiga edisi Sukan Olimpik musim sejuk dan dua edisi Sukan Olimpik Belia.

Sukan Olimpik musim panas ke-33 bakal dirasmikan di Paris pada 26 Julai. Syarikat Huajiang telah menghasilan banyak produk yang bertemakan “impresi Perancis” seperti lencana, magnet peti sejuk, rantai kunci, hiasan artistik dan sebagainya.


Menurut maklumat berkenaan, pelanggan di luar wilayah China hanya boleh membeli produk-produk tersebut melalui ejen, memandangkan pengendalian francais syarikat Huajiang terbatas dalam wilayah China.