Xi Balas Surat Profesor Universiti Tsinghua
2024-06-12 16:04:03 CRI
Presiden China Xi Jinping membalas surat daripada profesor Universiti Tsinghua, Andrew Chi-Chih Yao dengan kata-kata galakan supaya beliau memberi sumbangan baharu untuk kemandirian sains dan teknologi pada peringkat lebih tinggi.
Xi menzahirkan harapan supaya Prof. Yao terus meneroka model pembangunan bakat secara bermandiri dalam bidang inovasi dan mewujudkan pangkalan inovasi sains dan teknologi yang bertaraf tinggi.
Yao yang juga ahli Akademi Sains China, pernah mengajar di institut pengajian tinggi di Amerika Syarikat (AS). Beliau kembali ke tanah air dan bertugas di Universiti Tsinghua sejak 2004.