Naib Presiden Malawi Maut dalam Nahas Pesawat

2024-06-12 11:28:29  CRI
Share with:

Naib Presiden Malawi Saulos Chilima dan sembilan penumpang lain disahkan maut selepas pesawat yang dinaiki mereka terhempas pada Isnin.


Presiden Malawi Lazarus Chakwera memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui pesawat itu di dalam hutan dan ia didapati musnah sepenuhnya. Kini, kerja-kerja SAR sudah selesai.