Mainan Plush Jadi Industri Tonggak di Kaunti Neiqiu

2024-06-12 10:44:01  CRI
Share with:

Di sebuah syarikat pembuat mainan plush di kaunti Neiqiu, bandar Xingtai, provinsi Hebei, pekerja kelihatan sedang sibuk menghasilkan mainan plush.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kaunti Neiqiu giat mengembangkan syarikat pembuatan mainan plush. Pada masa ini, terdapat enam syarikat besar serta 280 syarikat sederhana dan kecil, yang mengupah lebih 30,000 orang pekerja dalam industri itu. Sebanyak 400,000 hingga 600,000 mainan plush dihasilkan dan dijual dari kaunti itu ke seluruh negara malah pasaran antarabangsa. 

Industri pembuatan mainan plush telah menjadi industri baharu yang mendorong pekerjaan dan menjamin kestabilan ekonomi di kaunti itu.