Hamas Sedia Runding Butiran Gencatan Senjata

2024-06-12 13:50:32  CRI
Share with:

Hamas menerima resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung gencatan senjata di Gaza dan bersedia mengadakan rundingan mengenai butiran berkenaan.


Pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata pihaknya membuat keputusan seumpama kerana isi kandungan resolusi itu merangkumi Israel melaksanakan gencatan senjata di Gaza secara berkekalan, mengundurkan semua tentera serta melakukan pertukaran tebusan.


Pegawai itu menambah bahawa Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab bagi memastikan Israel mematuhi resolusi tersebut.