Optimumkan Sistem Korporat Moden Bercirikan China: Xi

2024-06-12 12:56:25  CRI
Share with:

Sistem korporat moden bercirikan China perlu terus dioptimumkan bagi memupuk lebih banyak syarikat yang bertaraf dunia.


Demikian ujar Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping semasa mempengerusikan mesyuarat kelima suruhanjaya pusat mengenai pemerkasaan pembaharuan secara menyeluruh yang berlangsung di Beijing pada Selasa.


Berhubung keselamatan makanan, Xi menekankan perlunya merangsang motivasi kaum tani dalam mengusahakan penanaman bijirin, di samping menggerakkan daya usaha kerajaan tempatan untuk memantapkan pengeluaran bijirin.


Antara perkara lain yang turut diberi penekanan adalah memacu inovasi menerusi keterbukaan, menyempurnakan mekanisme keterbukaan melibatkan teknologi dan membina sistem inovasi berorientasikan global.


Mesyuarat itu meluluskan garis panduan bagi mengoptimumkan sistem korporat moden bercirikan China, menyempurnakan mekanisme penjaminan pendapatan kaum tani serta pemampasan di kawasan pengeluaran bijirin utama, selain mewujudkan persekitaran terbuka yang berdaya saing di peringkat global untuk inovasi teknologi.