Dagangan Luar China Kekal Mapan Biar Berdepan Cabaran

2024-06-13 15:23:29  CRI
Share with:

Jumlah keseluruhan eksport automobil buatan China mencecah 2.45 juta dalam tempoh Januari hingga Mei, menokok sebanyak 27 peratus tahun ke tahun.


Menurut data terkini Persatuan Kenderaan Penumpang China (CPCA), pengeksportan kenderaan tenaga baharu (NEV) telah menjadi penggerak utama bagi memacu pertumbuhan dagangan luar China.


Dewasa ini, ketegangan geopolitik di peringkat global semakin meningkat, pertumbuhan ekonomi masih lemah dan pemulihan perdagangan dunia kekal perlahan.


Pada masa sama, segelintir negara Barat menggembar-gemburkan 'cantas hubungan' dan 'nyahrisiko' hingga membantutkan aktiviti perdagangan global.

Biarpun berdepan persekitaran luaran yang kompleks, sektor perdagangan luar China berjaya menangkis tekanan dihadapi dan menunjukkan prestasi cukup menggalakkan.


Khususnya produk 'buatan pintar' China antaranya NEV, bateri litium dan sel solar semakin mendapat tempat di hati pelanggan dari seluruh dunia.


Memetik laporan Reuters sebagai berkata, prestasi itu bukan sahaja memperlihatkan kejayaan syarikat China dalam meneroka pasaran asing, malah mempamerkan daya tahan kuat ekonomi negara Tembok Besar.


Menurut hasil dapatan tinjauan, sebanyak 81.6 peratus syarikat dagangan luar mengunjurkan sektor eksport berkembang ke arah lebih baik atau kekal mapan pada separuh pertama tahun ini.


Ekonomi China yang menunjukkan momentum pemulihan berterusan turut memperbanyak elemen positif untuk perkembangan dagangan luar negara ini sekali gus membawa limpahan manfaat kepada dunia.