China Dipilih Ahli Jawatankuasa Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara
2024-06-13 14:35:06 CRI
China dipilih menjadi ahli Jawatankuasa Antara Kerajaan mengenai Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara bagi tempoh 2024 hingga 2028.
Pemilihan itu dibuat semasa sesi ke-10 persidangan negara-negara pemeterai Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO yang berlangsung di Paris pada Selasa.