Kumpulan Peminat Sambut Ulang Tahun Kelahiran Panda "Xiangxiang"

2024-06-13 11:43:18  CRI
Share with:


Ramai "peminat panda" dari pelbagai tempat seluruh dunia berhimpun di Pangkalan Ya'an Pusat Pengajian dan Perlindungan Panda Gergasi China semalam untuk menyambut ulang tahun kelahiran panda gergasi "Xiangxiang" ke-7.

"Xiangxiang" dilahirkan di Zoo Ueno di Tokyo, Jepun pada 12 Jun 2017, dan dihantar balik ke tanah airnya pada Feb, 2023 selepas bermastautin selama 5 tahun.


Parti sambutan ulang tahun kelahiran untuk "Xiangxiang" tersebut merupakan yang pertama yang boleh disertai pengunjung secara empat mata sejak ia dihantar balik ke China.

Seorang jurugambar Jepun yang terkenal, Takauji Takahiro, merupakan antara peminat-peminat panda gergasi yang berkumpul di Ya'an kali ini. Beliau mula bertugas sebagai jurugambar untuk "Xiangxiang" ketika ia baru berusia 6 bulan, dan sudah menghasilkan karya gambar melibatkan "Xiangxiang" kira-kira sejuta keping.


Pada saat menjelang ulang tahun kelahiran "Xiangxiang" ke-7, wartawan Kumpulan Media China (CMG) sempat membuat liputan di Zoo Ueno, dan mendapati pengunjung tempatan gembira melihat "Xiangxiang" dalam keadaan ceria dan sihat di China, manakala juga rindu terhadap si comel itu.