Wujudkan Persekitaran Antarabangsa yang Kondusif bagi Pembangunan Secara Damai - Xi
Hendaklah berusaha untuk mewujudkan persekitaran antarabangsa yang kondusif bagi pembangunan secara damai.
Demikian kata Presiden China, Xi Jinping dalam ucapan beliau kepada majlis perasmian sambutan ulang tahun ke-60 Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) menerusi pautan video di sini pada Rabu.
Xi menegaskan, dalam tempoh 60 tahun sejak penubuhannya, UNCTAD telah memberi sumbangan penting kepada perdagangan dan pembangunan global.
"Dunia sekarang ini menghadapi cabaran baharu dalam bidang keamanan dan pembangunan susulan berlakunya perubahan drastik yang tiada tolok banding dalam tempoh seabad lalu. Hendaklah mengikuti arus zaman secara terbuka untuk menggalakkan perkembangan sistem tadbir urus global ke arah lebih adil dan saksama, memanfaatkan peluang bersejarah dalam pembangunan yang bertunjangkan inovasi, berdasarkan peraturan memperhebat tadbir urus terhadap landskap kecerdasan buatan dalam kerangka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mempergiatkan transformasi hijau, dan membantu negara-negara membangun meningkatkan penglibatan dalam trend pembangunan yang berorientasikan digital, pintar dan hijau," kata Xi.
"Tahun ini ulang tahun ke-75 Republik Rakyat China. Modenisasi ala China yang dipergiatkan secara holistik berdasarkan pembangunan yang berkualiti, dipercayai akan menyediakan peluang yang baharu dan lebih besar untuk pembangunan sejagat.
"China sebagai anggota 'Selatan Global' dan kem negara membangun akan bertindak pantas mengimport lebih banyak produk daripada negara-negara membangun yang lain, memperkasakan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembangunan untuk membantu pelaksanaan Agenda PBB 2030 bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)," ujar Xi.
"Selain itu, China juga berikrar bersama dengan semua pihak memperjuangkan matlamat keamanan, keselamatan, kemakmuran dan kemajuan di dunia demi kesejahteraan rakyat serta masa depan umat manusia," tambah beliau.