Tinjauan CGTN: Hampir 80 Peratus Kritik AS Pelaksana Sekatan

2024-06-13 12:15:41  CRI
Share with:

Hasil dapatan tinjauan yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) menunjukkan, hampir 80 peratus responden global menganggap Amerika Syarikat (AS) merupakan satu-satunya kuasa besar yang melaksanakan sekatan.

 

AS sekali lagi bermain percaturan sekatan sebagai membantah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

 

Tinjauan dibuat menyasar warganet seluruh dunia mendapati, 90.1 peratus responden mengkritik tindakan AS tiada legitimasi dan tidak menghormati organisasi antarabangsa serta order dunia.

 

Sejak 1950, AS merupakan kuasa yang mengeluarkan sekatan paling banyak di dunia. Menurut data disiarkan Jabatan Perbendaharaan tahun lalu, negara itu mengenakan sekatan terhadap lebih daripada 20 buah negara.


Seramai 78.9 peratus responden melahirkan rasa terkejut terhadap keadaan itu dan menyatakan AS merupakan negara tunggal di dunia yang membuat sekatan.

 

Di samping itu, 86.1 peratus berkata sekatan unilateral dijadikan alat oleh AS untuk mengekalkan hegemoni global, menindas pesaing, mencampuri hal ehwal dalaman malah mensabotaj pentadbiran kerajaan negara lain.


Tinjauan itu dikeluarkan menerusi platform bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia kendalian CGTN dengan menarik penyertaan lebih 15,000 netizen dalam tempoh 24 jam.