PM Li Mulakan Lawatan Rasmi ke New Zealand
Perdana Menteri China Li Qiang tiba di Wellington pagi tadi untuk memulakan lawatan rasmi ke New Zealand atas undangan rakan sejawatannya, Christopher Luxon.
Tahun ini menandakan genap 10 tahun Presiden Xi Jinping membuat lawatan rasmi ke New Zealand, dan juga ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif China-New Zealand.
Li berkata lawatan kali ini bertujuan mewariskan persahabatan tradisional, menggalakkan kerjasama saling menguntungkan dan memacu pembangunan bersama.
Beliau berharap dapat bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin New Zealand serta rakyat pelbagai lapisan masyarakat tempatan untuk memperkasa kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang, sekali gus menaik taraf perkongsian strategik komprehensif dua negara demi manfaat rakyat.