China Kecam AS Kena Sekatan Ikut Dusta
China mengecam keras tindakan Amerika Syarikat (AS) memasukkan syarikat China dalam senarai sekatan berdasarkan dusta mengenai Xinjiang.
Jurucakap Kementerian Luar Lin Jian dalam sidang media pada Rabu berkata, amalan AS itu secara serius mencampuri urusan dalaman China, menjejaskan order pasaran yang normal serta melanggar peraturan perdagangan dan norma asas hubungan antarabangsa.
Lin menyelar perbuatan seumpama sebenarnya berniat mewujudkan 'pengangguran paksa' di Xinjiang.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) AS menerusi kenyataan pada Selasa mengumumkan pihaknya meletakkan tiga syarikat China dalam Senarai Entiti Akta Pencegahan Buruh Paksa Uygur dan melarang pengimportan produk keluaran syarikat berkenaan.
Jurucakap itu berkata AS sekali lagi mereka-reka dan menyebarkan naratif palsu berkaitan Xinjiang dan mengenakan sekatan haram ke atas syarikat China dengan dalih hak asasi.