Persahabatan China-Malaysia: Dari Masa Lalu ke Hadapan

2024-06-14 15:13:32  CRI
Share with:

Episod yang berkaitan dengan asal usul sejarah pertukaran kebudadaan antara China dengan Malaysia ini, menumpukan kepada pewarisan dan perkembangan teknik membuat 'kepala singa' untuk kegunaan tarian singa dalam kalangan orang Cina Malaysia dari segi ketukangan tradisional. 


Seterusnya, penceritaan selanjutnya juga menyentuh pelancongan dan pertukaran keanggotaan yang semakin rancak berkat pelaksanaan dasar visa bebas antara kedua-dua negara, fenomena tentang semakin banyak keluarga bukan keturunan Cina memilih menghantar anak mereka ke sekolah Cina belajar bahasa Mandarin, dan kepopularan jurusan kedoktoran tradisional Cina dan jurusan media massa Universiti Xiamen cawangan Malaysia dalam kalangan siswa-siswi antarabangsa.


Selain pertukaran kebudayaan, episod ini juga memaparkan bantuan China kepada Malaysia dalam merealisasikan transformasi industri 4.0 menerusi penerapan teknologi ekonomi digital yang canggih. Contohnya, pekebun Malaysia berjaya meningkatkan kecekapan dalam penanaman durian beserta outputnya atas bantuan China membabitkan teknologi awan dan 'Internet of Things' (IoT), yang dilihat sebagai momentum baharu bagi perkembangan ekonomi setempat. 


Kesemua pencapaian inovatif dalam kerjasama China-Malaysia memperlihatkan ikatan rapat kedua-dua negara yang bersifat sama menang dalam pembangunan bersama.