Sidang Kemuncak G7 Diwarnai Aktiviti Protes

2024-06-14 12:15:07  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) membuka tirainya di Fasano, selatan Itali pada Khamis dengan diwarnai aktiviti protes jalanan dan tunjuk perasaan.


Ramai penunjuk perasaan berhimpun di bandar Brindisi yang berjarak 60 kilometer dari lokasi persidangan sebagai mengkritik G7 gagal mengambil tindakan praktikal untuk menangani cabaran global. 


Difahamkan, sidang kemuncak kali ini memfokuskan perbincangan berkisar kepada isu-isu seperti konflik Rusia-Ukraine, situasi di Gaza serta perubahan iklim dan kecerdasan buatan (AI).