Tarif Takkan Bawa Daya Saing

2024-06-14 15:11:41  CRI
Share with:

Suruhanjaya Eropah pada Khamis mengumumkan akan mengenakan tarif sementara sehingga 38.1 peratus ke atas kenderaan elektrik diimport dari China bermula 4 Julai.


"Bagi industri automotif Eropah khususnya Jerman, keputusan seumpama amat merugikan kerana ia akan menjejaskan daya saing industri di seluruh Eropah."


Seperti dinyatakan Volkswagen Group, apa yang diperlukan Eropah adalah menggerakkan transformasi industri automotif ke arah elektrifikasi dan neutraliti iklim, bukannya amalan perlindungan.


Selain Volkswagen, syarikat pengeluar automotif lain seperti Mercedes-Benz dan BMW juga senada mengatakan keputusan EU itu akan membantutkan perkembangan sektor berkenaan dan menjejaskan kepentingan Eropah sendiri.

Dewan Perniagaan China di EU turut meluahkan kebimbangan susulan amalan perlindungan seumpama kemungkinan menyebabkan pergeseran dagangan kedua-dua pihak terus meningkat, selain memberi tempias kepada hubungan ekonomi.


Suara menentang daripada syarikat automotif yang 'dinaungi' EU membuktikan bahawa langkah berkenaan hanya sekadar manipulasi politik, bukan untuk kepentingan mereka.


Kelakuan EU bukan sahaja melanggar prinsip ekonomi pasaran dan peraturan perdagangan antarabangsa, malah secara serius menjejaskan hak dan kepentingan sah syarikat automotif China dan Eropah.


Padahal, China dan Eropah berkongsi kepentingan bersama yang meluas dalam sektor kenderaan tenaga baharu (NEV).

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, syarikat Eropah seperti BMW dan Volkswagen terus mengembangkan urus niaga NEV di China, manakala syarikat China antaranya CATL, BYD dan GWM sudah atau merancang membuka kilang di Eropah.


Industri kenderaan elektrik China dan Eropah mewujudkan landskap saling melengkapi menerusi persaingan dan kerjasama yang sihat.


Hal ini kondusif bagi meningkatkan daya saing industri Eropah, juga selaras dengan matlamat Eropah untuk mencapai transformasi tenaga dan pembangunan rendah karbon.


Dibuktikan bahawa tarif takkan membawa daya saing dan tiada pemenang dalam perang perdagangan.  


EU harus mendengar suara objektif dan rasional dari pelbagai lapisan masyarakat, segera membetulkan amalan yang salah, berhenti mempolitikkan isu dagangan, serta menyelesaikan pergeseran berkenaan melalui dialog dan perundingan.