Festival Filem Antarabangsa Shanghai ke-26 Buka Tirai

2024-06-14 15:47:50  CRI
Share with:

Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) ke-26 anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan tempatan Shanghai, membuka tirainya di bandar raya itu pada Jumaat.


SIFF tahun ini menyaksikan sebanyak 50 karya filem dari 29 negara dan wilayah layak bersaing bagi merangkul Anugerah Golden Goblet.


Antaranya, 38 filem akan membuat tayangan perdana sempena SIFF yang dijadual berlangsung selama 10 hari.