Hati Murni Berjiwa Rakyat

2024-06-15 15:55:39  CRI
Share with:

Di hati Xi Jinping, kepentingan rakyat sentiasa diletakkan sebagai perkara yang paling utama.


Pada 55 tahun lalu, Xi Jinping yang hanya berusia 15 tahun datang ke kampung Liangjiahe. 


Selepas bertugas sebagai setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) peringkat akar umbi di sana, beliau mengetuai penduduk kampung menggali perigi, meneroka ladang teres dan membina pencerna biogas.


"Aspirasi rakyat terhadap kehidupan lebih indah merupakan matlamat perjuangan kita." Komitmen itu dizahirkan Xi ketika beliau dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC pada November 2012.


Sepanjang 12 tahun lalu, Xi turun padang meninjau ke peringkat akar umbi sebanyak lebih 100 kali serta mendengar ucapan ratusan wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) sempena persidangan tahunan NPC dan CPPCC.


Perihal yang melibatkan kepentingan rakyat dimasukkan satu demi satu dalam agenda mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKC dan dititikberatkan dalam usaha pembaharuan.


"Demi rakyat, seluruh jiwa raga kubaktikan". Luahan Xi ini menggambarkan hati murni seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.