CIA Rancang Tubuh Negara Baharu? Media India Lahir Kebimbangan
Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina mendedahkan beliau pernah diugut akan mendapat susah semasa pilihan raya pada 7 Januari jika tidak mempersetujui penubuhan pangkalan tentera udara baharu di Bangladesh oleh sesebuah negara.
Hasina turut menolak perkara yang dibangkitkan oleh seorang individu kulit putih itu. Menurut beliau, ada orang sedang merancang komplot menubuhkan sebuah negara Kristian dengan menggunakan sebahagian wilayah Bangladesh dan Myanmar.
Memetik ulasan akhbar Goa Chronicle India, ramai yang menduga individu terbabit adalah dari Amerika Syarikat (AS) kerana negara itu sentiasa menumpukan mata pada pulau Saint Martin di Teluk Benggala yang berkedudukan strategik.
Ada khabar angin bahawa AS mahukan pulau itu di bawah kawalannya sebagai syarat bagi menyokong Hasina.
Akhbar First Post India pula melaporkan, tindakan AS mencampuri urusan dalaman jiran India baik Myanmar mahupun Bangladesh bakal membawa kesan limpahan.
India memang tidak asing dengan mainan geopolitik AS. Sampai tahun 1970-an, Agensi Perisikan Pusat (CIA) masih membekalkan senjata api kepada kumpulan pemberontak di timur laut India.