PM Li Mulakan Lawatan di Australia

2024-06-16 14:14:40  CRI
Share with:

Perdana Menteri China Li Qiang tiba di Lapangan Terbang Adelaide untuk memulakan lawatan rasmi ke Australia pada petang Sabtu.


Beliau juga dijadual mengadakan Pertemuan Tahunan Perdana Menteri China-Australia pusingan kesembilan bersama rakan sejawatannya, Anthony Albanese.

Lawatan itu dibuat sempena ulang tahun ke-10 terjalinnya perkongsian strategik komprehensif China-Australia. 


Li berharap dapat bertukar-tukar pendapat secara mendalam dengan pemimpin Australia serta tokoh pelbagai lapisan masyarakat tempatan mengenai hubungan bilateral dan isu-isu yang menjadi perhatian bersama.


Menurut beliau, perkongsian strategik komprehensif yang lebih mampan dan berhasil merupakan kekayaan bersama buat rakyat dua negara.