Dua Pokok Beringin, Jelmaan Legasi Rohani

2024-06-16 15:50:48  CRI
Share with:

Pada 12 Mac 2000, Xi Zhongxun yang berusia 87 tahun bersama ahli keluarganya menanam sebatang pokok beringin di 'Lanyuan', tempat kediaman di Shenzhen.


Sempena sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-11 Parti Komunis China (PKC) pada Disember 1978, satu keputusan bersejarah dibuat untuk mengalihkan tumpuan kerja Parti dan negara kepada pembangunan ekonomi serta pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

 

Beberapa bulan kemudian, Xi Zhongxun yang menyandang setiausaha pertama Jawatankuasa PKC di provinsi Guangdong pada ketika itu, mengesyorkan agar kerajaan pusat memberikan lebih banyak autonomi kepada wilayah itu untuk mempelopori pembaharuan dan keterbukaan. 

Praktik mulia yang diamalkan Xi Zhongxun dalam membimbing rakyat Guangdong ke arah membebaskan minda dan menggerakkan reformasi, sememangnya meninggalkan kesan mendalam kepada Xi Jinping.

 

Pada pandangan Xi Jinping, usaha memperdalam pembaharuan secara menyeluruh merupakan formula untuk merungkai pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi.

 

Ini bermakna, perlunya berbekalkan ketabahan dan semangat tidak gentar dalam menempuh berbagai rintangan dan halangan tatkala memperkasa reformasi.

 

Legasi kerohanian antara bapa dengan anak yang tidak takut berdepan kesulitan dan tabah menggalas tanggungjawab diamanahkan serta dua generasi warga PKC yang berani membuat reformasi dan inovasi, adalah jelas terserlah.

 

Selepas Kongres Kebangsaan ke-18 PKC pada 2012, Xi Jinping menjadikan Guangdong sebagai lokasi pertama dalam jadual tinjauan beliau.

Ketika berada di Taman Lianhuashan di Shenzhen, Xi Jinping meletakkan keranjang bunga di depan patung gangsa Deng Xiaoping dan menanam sebatang pokok beringin di dataran puncak gunung.

 

Dengan Guangdong sebagai titik permulaan pembaharuan dan pintu terbuka, perubahan besar dilihat di setiap pelosok bumi China.


Usaha sedang dipergiatkan untuk melakar cetak biru baharu ke arah membina negara sosialis moden secara menyeluruh dan mewujudkan kebangkitan nusa dan bangsa.