Thailand Tingkatkan Eksport Durian ke China melalui Penganjuran Pesta

2024-06-17 15:18:28  CRI
Share with:

Satu pesta durian telah diadakan di wilayah Chumphon, lubuk durian utama di bahagian selatan Thailand kelmarin, dengan tujuannya mempamerkan pelbagai jenis durian yang berkualiti yang dilihat kondusif bagi peningkatan eksport terbabit ke pasaran China.


Menurut statistik dari jabatan pertanian wilayah Chumphon, tanaman durian di wilayah itu terus bertambah dalam tempoh masa 5 tahun yang lalu, dan bekalan kepada pasaran yang dijangka sebanyak 250,000 tan lebih tahun ini boleh membawa pendapatan sebanyak THB33 bilion (RM4.23 bilion).


Dimaklumkan, bertambahnya tanaman durian di wilayah Chumphon adalah berkat peningkatan permintaan pasaran. Sebanyak 70 peratus tuaian durian Chumphon dieksport ke China.


Konsul Jeneral China ke Songka, Wu Dongmei berkata, durian keluaran Chumphon yang bermutu tinggi laris dijual dalam pasaran China. Kedua-dua negara diharap memperdalam kerjasama serta mempertingkat pertukaran dalam sektor ekonomi dan perdagangan, yang dilihat penting bagi perkembangan hubungan bilateral.