Logistik Perdagangan China 2023 Bernilai RMB126 Trilion Lebih
2024-06-17 15:15:15 CRI
Logistik perdagangan China bagi tahun 2023 meningkat 5% berbanding tahun 2022, dengan menokok RMB126.1 trilion (RM82 trilion) lebih.
Demikian ditunjukkan Laporan Perkembangan Logistik Perdagangan China 2023 yang disiarkan dalam Pameran Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa Langfang China 2024 yang dirasmikan pada Ahad.
Naib Pengarah Jabatan Pembangunan Peredaran Kementerian Perdagangan China, Ren Feng berkata, seiring dengan pelaksanaan sejumlah dasar makro yang menekankan tindakan penyelarasan, permintaan dalam sektor kepenggunaan terus pulih, dan logistik perdagangan melantun semula ke arah tumbuh sederhana.