Negara Maju Diseru Pikul Tanggungjawab - Tinjauan CGTN mengenai Cuaca Ekstrem
Pelbagai tempat di dunia mula dilanda cuaca ekstrem sejak mutakhir ini. Hasil dapatan dalam satu tinjauan anjuran Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dalam dunia siber antarabangsa menunjukkan, 86.28 peratus responden menyeru agar negara-negara maju bertindak pantas memikul tanggungjawab dalam menangani isu perubahan iklim dalam senario global.
Seramai 73.92 peratus responden mengatakan mereka pernah mengalami cuaca ekstrem, 80.12 responden bimbang akan cuaca seumpama itu yang boleh menjadi fenomena biasa dan 81.86 responden menunjukkan bahawa banyak sektor seperti pertanian, perdagangan dan pelancongan terkesan akibat cuaca ekstrem di persada dunia, yang sudah membawa maut, kecederaan dan kerugian ekonomi dalam bilangan besar.
Terdapat pakar yang berpendapat bahawa isu perubahan iklim sejagat merupakan punca asas yang menyebabkan berlakunya cuaca ekstrem. Sehubungan itu, seramai 85.08 peratus responden menganggap bahawa tiada negara yang dapat mengelakkan diri daripada menghadapi cabaran perubahan iklim, dan 82.69 peratus responden menyatakan bahawa menangani isu perubahan iklim bukan sahaja merupakan keperluan intrinsik bagi pembangunan ekonomi di suatu negara, tetapi juga merupakan kewajipan antarabangsa yang sepatutnya ditunaikan negara kuasa besar.
Tinjauan kendalian CGTN yang dikeluarkan menerusi platform berbahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia itu, segera menyaksikan penglibatan 13,112 orang netizen dalam tempoh 24 jam.