Ekonomi China bagi Bulan Mei Kekal Baik

2024-06-17 14:38:06  CRI
Share with:

Menurut perangkaan ekonomi kebangsaan China bagi bulan Mei yang dikeluarkan pagi tadi, pengeluaran perindustrian meningkat pesat, dengan industri perkilangan kelengkapan dan industri berteknologi canggih merupakan yang paling menonjol. Pada bulan Mei, peningkatan nilai tambah yang disumbang oleh perindustrian yang mempunyai skop tertentu di negara ini menokok 5.6%, naik 0.30% berbangding bulan yang lalu.


Sementara itu, industri perkhidmatan terus pulih. Pada bulan Mei, indeks pengeluaran industri perkhidmatan di China telah meningkat 4.8% berbanding bulan yang sama tahun yang lalu, dan lebih tinggi 1.3% berbanding bulan April.


Selain itu, jumlah jualan runcit produk kepenggunaan sosial pada bulan Mei pula meningkat 3.7% tahun ke tahun, dengan menccecah RMB3.9211 trilion (RM2.55 trilion). Peningkatan itu juga lebih tinggi 0.51% berbanding bulan April. 


Pada masa yang sama, import dan eksport kargo pula meningkat pesat, dan struktur perdagangan menjadi semakin baik. Pada bulan Mei, jumlah import dan eksport kargo telah meningkat 8.6% berbanding masa yang sama tahun yang lalu, dengan mencatat RMB3.7077 trilion (RM2.41 trilion).