Drama Mikro “My Altay” Tular, Altay Jadi Pilihan Pelancong

2024-06-17 15:49:03  CRI
Share with:

Drama mikro “My Altay” yang diadaptasikan dari karya prosa oleh Li Juan, penulis yang berasal dari wilayah Xinjiang, disiarkan di China mutakhir ini dan mendapat sambutan baik daripada penonton. 

Visual cantik dan pemandangan indah di Altay menjadikan drama mikro itu mempertahankan kedudukan teratas dalam ranking drama TV dalam negeri China, sekali gus menjadikan kawasan Altay pilihan utama bagi ramai pelancong.

Selepas 20 hari penyiaran drama mikro itu, jumlah penerimaan pelancong di kawasan Altay mencatat 2.86 juta orang dan angka ini bertambah 42.05 peratus dari tahun ke tahun. Manakala jumlah pendapatan sektor pelancongan di kawasan itu meningkat 77.98 peratus.