Kerajaan Sementara Afghanistan Bakal Sertai Persidangan PBB mengenai Isu Negaranya

2024-06-17 11:51:30  CRI
Share with:

Kerajaan sementara Afghanistan bakal menghantar satu delegasi untuk menyertai persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Isu Afghanistan yang akan diadakan di Doha, ibu negara Qatar pada 30 Jun hingga 1 Julai. Ini diumumkan jurucakap kerajaan sementera Afghanistan, Zabihullah Mujahid ketika menerima wawancara media tempatan pada Ahad.


Beliau menyatakan bahawa persidangan itu akan memberikan tumpuan kepada perbincangan mengenai topik-topik seperti pemberian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan dan penyediaan peluang pelaburan di Afghanistan. Melalui penilaian berkenaan, kerajaan sementara Afghanistan menganggap bahawa persidangan kali ini bertepatan dengan malamat pihaknya dalam mengejar pelbagai kepentingan utama.


Sebelum ini, persidangan PBB mengenai isu Afghanistan pernah diadakan di Dohan pada bulan Mei 2023 dan bulan Februali 2024, tanpa kehadiran delegasi dari kerajaan sementara Afghanistan.