China, UNESCO Lanjutkan Program Biasiswa 'Tembok Besar'

2024-06-18 14:29:10  CRI
Share with:

Menteri Pendidikan China, Huai Jinpeng dan Ketua Pengarah Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay semalam telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) berhubung Biasiswa 'Tembok Besar' Tajaan Bersama Republik Rakyat China-UNESCO bagi melanjutkan pelaksanaan program terbabit.


Audrey Azoulay menghargai kerjasama yang erat dengan China sejak sekian lama, menyatakan kedua-dua pihak mempunyai banyak fahaman yang sama dalam bidang pendidikan, dan menyifatkan Biasiswa 'Tembok Besar' itu satu program ikon dalam kerjasama kedua-dua pihak yang sudah melakar kejayaan dalam bidang pendidikan.


Seramai 75 orang belia dari negara membangun berpeluang menuntut ilmu di peringkat ijazah dan lepasan ijazah di universiti-universiti China selama setahun atas tajaan program Biasiswa 'Tembok Besar' yang ditubuhkan pada tahun 1994.