Apa Sebab Syarikat Asing Semakin Yakin akan Pasaran China?
"Keuntungan kami di China kekal meningkat. Philips sentiasa yakin akan pasaran China yang berbaloi untuk meningkatkan pelaburan dan pengeluaran", kata Cheng Ning, Naib Presiden Syarikat Philips bagi Zon Greater China yang beribu pejabat di Belanda baru-baru ini.
Pada masa yang sama, media Jerman pula mendakwa risiko terbesar bagi sektor korporat buat masa sekarang adalah "kehilangan daya saing di persada global ekoran tidak hadir dalam pasaran China." Apakah sebabnya syarikat asing begitu mengambil berat terhadap pasaran China?
Keadaan operasi ekonomi China bagi bulan Mei yang diumumkan semalam merupakan satu jendela bagi China menunjukkan diri kepada dunia luar. Pada bulan Mei, peningkatan nilai tambah yang disumbang oleh perindustrian yang mempunyai skop tertentu di negara ini menokok 5.6%, naik 0.30% berbangding bulan yang lalu. Sementara itu, indeks pengurusan industri perkhidmatan pula dijangka mencapai57.0%, yang kekal pada paras yang tinggi.
Secara umumnya, ekonomi China kekal baik dan stabil. Ini merupakan antara faktor-faktor yang menjadikan pelabur asing semakin yakin akan pasaran China.
Pada bulan Mei, jumlah jualan runcit produk kepenggunaan sosial telah meningkat 3.7%, yang lebih tinggi 0.51% berbanding bulan April. Ini memperlihatkan momentum ekonomi domestik China terus pulih dan sektor kepenggunaan yang berpotensi besar semakin rancak.
Menurut perangkaan terkini, nilai tambah industri berteknologi canggih bagi bulan Mei meningkat 10.0% tahun ke tahun. Trend transformasi ke arah yang canggih, pintar dan hijau dalam industri perkilangan di negara ini boleh kelihatan jelas, dan sama juga penggerak baharu yang terbentuk dari kuasa produktif kualiti baharu.
Pada lima bulan pertama tahun ini, nilai keseluruhan import dan eksport perdagangan kargo China meningkat 6.3% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu. China sedang menyuntik "pemecutan" terhadap pemulihan ekonomi dunia, baik dari segi menyediakan pasaran gergasi kepada dunia dalam bidang kepenggunaan, mahupun dari segi mengeksport produk berteknologi canggih, pintar dan hijau.
Wakil perdana Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di China, Steven Barnett menyatakan bahawa setiap 1% peningkatan ekonomi China menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi 0.3% di pelbagai entiti ekonomi yang berkaitan dengan China.
Seiring dengan momentum baharu menjadi semakin kuat dalam bidang inovasi, pelaksanaan dasar makro menjadi semakin kondusif dan peningkatan tahap keterbukaan serta pembaharuan semakin diperhalusi, ekonomi China dijangka akan terus meningkat dan matlamat pertumbuhan untuk sepanjang tahun ini boleh tercapai. Maka, tidak hairan terdapat begitu banyak syarikat asing yang semakin yakin akan pasaran China.