Persatuan Alumni Akademi Tentera Huangpu Diharap Menyumbang kepada Penyatuan Tanah Air

2024-06-18 12:03:58  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus perutusan tahniah pada Isnin sempena ulang tahun ke-100  Akademi Tentera Huangpu dan ulang tahun ke-40 Persatuan Alumni. 


Xi dalam perutusan tahniah itu berkata, Akademi Tentera Huangpu yang ditubuhkan dalam kerangka kerjasama kali pertama antara Parti Kuomintang dan Parti Komunis China (PKC) merupakan akademi pertama di China yang bertujuan memupuk pegawai tentera untuk revolusi.

“Persatuan Alumni Akademi Tentera Huangpu di bawah pimpinan PKC pula adalah sebuah pertubuhan patriotik dalam kalangan rakyat yang berperanan menghubungkan bekas pelajar akademi dan saudara-mara mereka di dalam dan di luar negara.


“Persatuan ini sejak sekian lama memainkan peranan positif dalam memperkasakan pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pantai Selat Taiwan, menentang kumpulan pemisah ‘kemerdekaan Taiwan’, dan mendorong penyatuan semula tanah air,” kata beliau.


Xi menegaskan bahawa Persatuan Alumni dikehendaki terus berpegang kepada manifesto Akademi Tentera Huangpu dan misi politik terbabit, manakala para bekas pelajar dan saudara-mara mereka di dalam dan luar negara diharap mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan modenisasi ala China untuk menyumbang kepada agenda pemerkasaan negara dan kebangkitan nusa dan bangsa.


Perutusan tahniah Xi itu dibaca dalam satu simposium yang diadakan di Beijing.


Turut hadir, petugas-petugas dari jabatan-jabatan dan pertubuhan kerajaan dan pelbagai parti, wakil-wakil bekas pelajar Akademi Tentera Huangpu dan saudara-mara mereka dari kedua-dua pantai Selat Taiwan, Hong Kong, Macao dan luar negeri, serta penghubung berkenaan di setiap provinsi.