Ketua Legislatif China Bakal Lawat Singapura dan Afrika Selatan
2024-06-18 11:29:43 CRI
Ahli Biro Politik Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Setiausaha Jawatankuasa Hal-ehwal Politik dan Legislatif, Chen Wenqing akan menghadiri Forum Peringkat Tinggi Tadbir Urus Sosial China-Singapura ke-4 di samping mengadakan lawatan di negara itu dan seterusnya melanjutkan jadual lawatan ke Afrika Selatan pada 18 hingga 25 Jun atas undangan.
Demikian dimaklumkan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian semalam.