China Komited Perkasakan Kerjasama dengan Kerajaan Baharu Afrika Selatan

2024-06-18 13:29:04  CRI
Share with:

Atas undangan kerajaan Afrika Selatan, Utusan Khas Presiden China, Xi Jinping yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Xiao Jie akan menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Cyril Ramaphosa di Pretoria, ibu negara Afrika Selatan pada 19 Jun.


Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada sidang akhbar pada Isnin.

Lin berkata, China percaya rakyat Afrika Selatan akan melakar pencapaian yang lebih besar dalam pembangunan negara di bawah pimpinan kerajaan baharu.


“China menghargai perkembangan hubungan dengan Afrika Selatan dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan baharu negara itu untuk terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, memperkasakan kerjasama praktikal, meningkatkan kolaborasi strategik dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Afrika Selatan yang holistik,” kata jurucakap itu.