Filipina Sia-sia Sahaja Failkan Dakwaan tentang LCS

2024-06-18 15:49:04  CRI
Share with:

Filipina dikutuk mencabuli hak kedaulatan dan penguatkuasaan China, melanggar Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) dan juga membelakangi peraturan berkenaan yang terkandung dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC).


Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada Isnin susulan Filipina secara sepihak  dakwaan tentang garisan sempadan pentas benua luaran di Laut China Selatan (LCS) kepada Suruhanjaya bagi Batas Pentas Benua (CLCS).


Menurut Li Jian, gerak-geri Filipina sudah pasti dalam perhatian China yang sedang bertindak mengambil maklumat konkrit. Memandangkan kedua-dua negara mempunyai perselisihan dalam isu wilayah dan garis sempadan di LCS, CLCS tidak akan membahas dan mengiktiraf isu perairan yang dipertikaikan dengan merujuk kepada peraturan tentang sesi perbahasan.