Jumlah Pelancong ke Padang Rumput Nalati di Xinjiang Pecah Rekod

2024-06-19 13:34:52  CRI
Share with:

Jumlah pelancong ke padang rumput Nalati, wilayah Xinjiang China memperbaharui rekod berikutan lebih 40,000 orang berkunjung ke sana pada 17 Jun lalu. 


Terletak di timur Lembah Yili, padang rumput Nalati merupakan satu daripada empat padang rumput terbesar di dunia, mempunyai pemandangan alam semula jadi yang indah. Selain itu, etnik Kazak yang menghuni kawasan Nalati mempunyai adat resam yang istimewa, juga menambah tarikan kepada padang rumput itu.


Menurut pihak pengurusan tempatan, ramai pelancong berduyun-duyun ke padang rumput Nalati tahun ini hingga puncak musim pelancongan datang lebih awal berbanding duhulu. 


Seramai 106,700 pelancong mengunjungi padang rumput tersebut sempena cuti Hari Raya Aidiladha iaitu pada 15 hingga 17 Jun lalu, dan angka tersebut meningkat 57.18 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 


Dari awal tahun ini hingga sekarang, padang rumput Nalati telah menerima kunjungan 1.01 juta pelancong, menokok 89.23 peratus dari tahun ke tahun. Ia membawa keuntungan sebanyak RMB598.65 juta (RM388.44 juta) kepada sektor pelancongan tempatan, naik 49.46 peratus.