Warga Media Asing Sambut Hari Raya Aidiladha Bersama Penduduk Xinjiang

2024-06-19 10:55:51  CRI
Share with:

Hampir 20 orang warga media asing bersama-sama pelancong dan penduduk tempatan meraikan Hari Raya Aidiladha di Kawasan Pelancongan Kazanqi di bandar Yining, wilayah Xinjiang pada Isnin. 


Rombongan wartawan asing yang sedang dalam kunjungan di Xinjiang, berasal dari 16 buah negara termasuk Switzerland, Kanada, Thailand dan Uzbekistan.


Suasana amat ceria dan hangat, dengan kehadiran penari dari etnik Uygur, Xibe, Kazak dan lain-lain yang berpakaian cantik-cantik, menyanyi dan menari mengikut rentak dan muzik yang merdu.